Thursday, February 14, 2008

faktor-faktor yang buat kita berubah

3 faktor yang membuat kita berubah ialah buku-buku yang kita baca, orang-orang yang kita jumpa dan media-media semasa. kebanyakan daripada kalangan kita hari ini terlalu malas untuk membaca dan terlalu malu untuk bergaul dengan orang. disebabkan itu minda dan fikiran mereka akan tertutup oleh peluang-peluang yang ada.

pengalamanku;
dulu aku seorang guru swasta yang hidup makan gaji. oleh kerana terlalu sibuk dengan hal-hal kerja kerana waktu kerja aku yang tidak menentus, aku tidak dapat melihat peluang-peluang yang ada diluar dari persekitaranku.

suatu hari, kawan aku zhu menghubungi aku untuk menceritakan satu projek bersara awal iaitu PROJEK UNSTOPPABLE, aku pun terus jumpa dia malam itu. selepas dia tunjukkan projek itu aku nampak programnya sangatlah hebat..disebabkan masih kurang yakin aku pun bertanya dengan kawan-kawan keesokan harinya tentang program yang aku dengar semalam. antara jawapan yang aku terima ialah 'kau jangan percaya la, semuanya karut' dan 'kau buat dulu la dah ok baru aku join' dan jawapan-jawapan itu membuatkan aku was-was.

malam itu aku berjumpa dengan zhu balik untuk menceritakan jawapan yang aku terima dari kawan-kawan. selepas diam seribu bahasa, zhu buka mulut.anatara jawapan aku terima dari dia 'adakah kawan-kawan kau seorang yang hebat dari segi ekonomi','kalau kau susah kawan-kawan kau bagi makan ke' dan 'impian kau kawan-kawan kau bagi ke'. akhirnya aku terfikir juga, kawan-kawan akupun makan gaji macam aku juga,dapat duit gaji habis bayar hutang dan kalau aku susah bukan diorang bagi makan.

esoknya aku cerita kat ayah aku tentang program itu dan jawapan-jawapan yang aku terima dari kawan-kawanku dan dia terus jawab,' kalau kau tanya orang yang positif jawapan yang keluar adalah positif dan kalau tanya orang negetif jawapan yang keluar adalah negetif. bagi papa u never try u never know. kau tak perlu pandai tapi kau perlu cerdik dalam segala hal dan kekayaan tidak akan dapat dibina melalui pekerjaan, kekayaan hanya dapat dibina melalui perniagaan'.

jawapan ini membuat aku semangat untuk mengikuti program ini dan aku membuat keputusan hari itu juga untuk bertindak sebab bagi aku masa adalah segala-galanya.

moral of this story,

orang-orang positif sentiasa mencari peluang untuk berjaya,
orang-orang negetif sentiasa memberi alasan untuk gagal.

u never try u never know.

apabila aku mula membaca buku-buku tentang peluang-peluang peniagaan barulah aku nampak satu persatu kenapa orang yang kaya semakin kaya dan orang susah bertambah susah..

No comments: